Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Wednesday, December 5, 2012

WiFi dan QR Code

 Assalamualaikum, apa khabar, semoga anda sihat sejahtera dan duduknya saya di atas kerusi ini sangat gembira sambil jari-jemari saya menari di lantai kekunci. First of all aku sangat berpuas hati dengan wifi yg baru sahaja dibeli (boleh kata barulah). Walaupun slow tapi tak mengecewakan aku.

 Dan ada orang pernah cakap "Buka internet malam-malam sebab malam tak ramai guna", aku dah lama tahu penjelasan tapi aku tak perasan jadi biarlah aku cerita pelan-pelan. Kalau pengguna Wifi seperti aku kuota sudah dibahagikan kepada bahagian siang dan malam. Tak faham? Ok contoh kalau beli kuota 8gb dia akan bahagikan 4gb waktu siang dan 4gb waktu malam. Lazimnya kita memang selalu berinternet waktu siang jadi kuota untuk waktu malam tidak digunakan sebab itu laju.

 Panjang betul perenggan dia atas! Kalau dah ada wifi memang teruk henset aku sebab aku maintain surf guna telefon pintar kesayangan aku ni. Sangat menyeronokkan dan bahagia. Lepas ni aku nak tengok movie plak! Tibalah masa untuk aku menjelaskan apa itu QR Code kepada kamu semua.



 QR Code ni maksudnya "Quick Response Code" trademark untuk jenis matrix barcode (kod dua dimensi) yang direka untuk industri automotif. Dan telah menjadi popular diluar industri itu kerana tindak balas yang cepat dan kapasiti yang besar. Seperti biasalah aku ni bukan wikipedia jadi kalau nak tahu lebih lanjut pergi ke sini. Untuk telefon aku gunakan Quickmark.

 Update tak sampai seminit
Kuota wifi ni dah nak habis dan Maxis sering hantar mesej supaya top-up kuota. cuba tengok kanan screenshot daripada henset aku ni. Semangat sikit nak Solat.

No comments:

Post a Comment

Tulislah komen dikau

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com