Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Sunday, November 3, 2013

Aku Kembali

 Assalamualaikum.. hai ho, what up bro.. It's been awhile.. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali. Walaupun PMR dah lama abis tapi baru skarang aku terpanggil untuk berblogging.. Bila aku fikir balik terlalu banyak kenangan yang aku lalui sebelum dan selepas PMR. Secara rasminya aku masih lagi bersekolah, akan tetapi cikgu telah beri cuti awal untuk kami tingkatan 3.

Dah berhabuk dah blog ni.. Biasalah lama x update.. N.20 Sungai Limau esok tarikhnya.. Entah apa keputusannya.. Sedang rancak menaip perhatianku dicuri plak cerita kat tv nih.. Diharap post akan dtg lebih panjang dan lebih menarik untuk dibaca. Sehingga waktu itu bye.. I"m out..

Thursday, January 31, 2013

Februari Mendatang

 Assalamualaikum apa khabar.. Hari ini Jumaat 1 Februari.. Alhamdulillah kita masih lagi hidup di atas muka bumi ini.. Jadi macam mana duit RM100 ada baki lagi atau dah habis belanja. Aku dah kekeringan idea tapi aku tetap akan berblogging.

 Harap2 hari yg mendatang dapat diatasi dan korang jangan berputus asa menuju kejayaan aku akan support korang.. dari blog ni. Ini cuma update untuk bulan yg baru..

Thursday, January 3, 2013

2013 Adalah Tahun Yang..

 Assalamualaikum, apa khabar semoga anda sihat sejahtera.. Saya baru sahaja pulang dari tuisyen dan tetiba tangan ni rajin nak menaip.. Mungkin selepas ini saya akan fokus pada pelajaran (macamlah rajin sangat).

Jadi 2013 adalah tahun yang mencabar di sekolah.. Itulah penilaian saya yang pertama selama seminggu aku skolah.. Tak taulah penilaian ni berubah atau tak tapi sekolah memang mencabar.. Walau apa pun aku seronok setelah masuk sekolah pagi kerana petang bleh buat aktiviti bebanyak.

Seperti yang diumumkan di media duit RM100 akan dapat 15 Hari Bulan dan jangan membazir beli benda tak penting plak.. Itu amaran untuk diri sendiri (akulah) sebab aku tak bleh tengok duit bebanyak ni.. Tapi aku rasa nak simpan kat Tabung Haji walaupun masih lagi tak tahu makhluk Allah yang mana buka akaun untuk aku.. famili aku tak mengaku pun..

   Pelarian
1. Aku dah ada azam
2. Azam aku adalah untuk berazam
3. dan maksudnya aku masih takda azam

...::CandyDate::...
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com