Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Saturday, February 25, 2012

Aku Dan Fixie 3

 Perghh gila lain exp yang aku dapat kali ini. Kalau korang pergi mana - mana pun pastikan persiapan cukup. Muqadimmah yang paling tak boleh blah bila tunggu sampai pukul 10 baru bertolak.

 Korang kena baca episod yang pertama dan kedua. Kalau dah baca, bagus tapi kalau tak.... pergilah baca. Kami pergi ke Modenas Gurun dan bertapak di situ agak lama.

 Sampai situ aku tengok motor besar penuh gila cool, ahli-ahli silat penuh, tak berapa cool. Aku sempat pergi check kedai yang ada, aku ngan kekawan aku nampak gerai yang dikerumuni dan kemudian orang macam tak berapa nak minat. So aku pergi check dan mata aku nampak keychain yang memang lawa dan menakjubkan tapi harganya lebih menakjubkan.

 Jadi faham - fahamlah kenapa aku orang macam tak minat. Ini kali pertama tayar fixie aku pecah dan sebab musababnya ialah *** ****. Jadi kami pegi singgah Aneka buat sementara waktu dan aku balik naik motor dengan kawan aku dan.... aku masih tunggu fixie aku sampai ke rumah. Baik betul diorang nak tolong hantar.
Kawan korang maam tu ke?

Pelarian 


1. maaf pelarian dah lari dan tak sempat tangkap.

Wednesday, February 22, 2012

Yahoo! Terus Menjerit

Ni aku cuma nak share dan semak-kan satu benda yang kebanyakan orang tak berapa tahu. Aku pun baru tahu kenapa Yahoo! stay ngan logo tu. Cuba klik dekat titik bawah tanda seru tu dan dengar apa yang jadi.



Masa Untuk Sains...

 Perghh tajuk dah macam Jimmy Neutron plak. Kenapa aku nak post pasal sains plak? pasal ni sepanjang aku belajar sains entah dari darjah berapa ntah aku rasa jugaklah bedah sesuatu walau bau dah macam bangkai.


 Sebagai pelajar tingkatan 2 SMK G*** C******** aku dah rasa pengalaman bedah mata lembu walau fail jugak sebab kanta dia pecah, aku kasar sangat atau mata tu dah lama sangat. Dalam bebanyak kumpulan yang bedah mata lembu tu, ada satu je mata yang elok dan jernih.


 Aku sendiri boleh tahan bangkai dan darah tapi entah pasal pa entah bau mata lembu tu teruk sangat sampai aku rasa loya. Untuk post kali ni aku akan share jugak keputusan Malaysia VS Jepun tadi. Jadi pak cik - pak cik, abang-abang dan yang cepat lima minit denganya boleh terus membaca.


 Untuk projek selepas ni plak tak taulah nak bedah apa plak. Tadi masa habis bedah aku merayau makmal sains tu terjumpa plak almari tu. Kawan aku buka maka terserlah habis ular dalam tabung uji. Bukan ular je, kaki ayam, kata dan tak taulah rasa tak berani plak nak buka almari lain.


 Jadi untuk form 1 bersiap sedialah membedah apa saja yang cikgu korang suruh. Kalau tak jangan harap korang nak jadi saintis atau doktor.


masa untuk


Pelarian
1.Keputusan game ialah 4 : 0 Malaysia kalah
2. Pm kita nak datang Kedah sabtu ni kat Gurun kot?
3. Jadi bersedialah untuk Aku Dan Fixie 3


note : tulisan tu akan jadi link bila aku dah siap post.

Wednesday, February 15, 2012

What Would My 3D World be with LG Optimus 3D?

 For the first time i will post in English instead of Malay. So let's talk about what would my 3D world be with LG Optimus 3D.  First thing it be is 3D enjoyment after a long 3D sadness for my broken cellphone. It can be much easier to facebooking and chit chat with my friend using wlan built in technology in the LG Optimus 3D.

 Much 3D better if I view photos and videos in 3D without the 3D glasses. Much more 3D experience recorded with 5MP camera and video stabilizer. If you want much more 3D info you can go here.  And if you wondering why i'm writing this it is because this. Thanks for reading.

Tuesday, February 14, 2012

Kenapa Remaja Malaysia Lebih Suka Blogging Daripada Vlogging

 Tajuk pun dah macam tu jadi korang tahu-tahulah pasal apa plak aku nak bincangkan kali ini. Kebanyakan remaja Malaysia lebih suka blogging kerana ianya lebih mudah dan tidak memerlukan kamera atau software yang canggih untuk edit video tu.






 Video blogging atau lebih gemar digelar vlogging lebih kurang sama macam blogging, but instead of writing, you must talk to the camera. Faham tak? Korang kena rakam diri korang cakap kat kamera macam orang takde life dan kemudian upload dimana-mana laman web perkongsian video seperti youtube atau metacafe


 




 Antara vlogger Malaysia terkenal ialah matluthfi dan anwar hadi. Kalau luar negara semestinya korang akan pilih nigahiga dan kevjumba. Kalau blogger Malaysia terkenal justkhai. Macam yang aku dah tulis, nak upload video bukan mengambil masa yang singkat lebih-lebih lagi bila orang menggunakan berukband. Tu pasal-lah tak ramai vlogger Malaysia. 



Pelarian
1.Aku sendiri pun blogging sebab guna berukband
2.Aku rasa satu perubahan akan datang semester kedua nanti, jadi nantikanlah...

Sunday, February 12, 2012

Aku Dan Fixie 2

 Haa... kan aku dah kata ada sambungan.....Jumaat, 10 haribulan tercatat dalam sejarah hidup aku menunggang beramai-ramai ke Bukit Perak, Pendang..gila syiok oooo


 Kalau letih memang tak payah cakaplah memang letih siot..tapi pengalaman yang korang akan dapat memang tak boleh dilupakan.Hari pertama aku dan fixie aku berjalan jauh - jauh dari Guar....ada banyak geng, Yan, Gurun , Pendang, dan Guar.


 Gambar selalunya akan bersama-sama dengan entri tapi kali ni aku tak bawak kamera jadi memang takde gambarlah kan. Sebab tak bawak adalah rahsia. Masa nak balik tu banyak kejadian yang berlaku tapi aku tak boleh nak ceritalah, jadi sila berhati-hati.


Pelarian
1. Alhamdulillah..... jumlah pageview blog ni makin meningkat.
2. gila lain sekolah ari ni padahal apalah sangat.
3. nama tempat adalah Bukit Perak
4.nama sungai ialah Sungai Rambai

Wednesday, February 8, 2012

Kekeringan Idea


 Nampaknya satu penyakit berjangkit yang tak sakit sudah mula merebak dalam otak aku yang aku sendiri tak tau kaler apa? Apakah penyakit itu, apakah nama penyakit itu, apakah nama saintifik penyakit itu, siapa penyebarnya, siapa yang terkena penyakit itu, apakah kesan sampingan daripada penyakit itu. Penyakit itu dikenali dengan nama "kekeringan idea" dan nama saintifiknya "takder idea". 


 Idea adalah perkara kedua terpenting untuk seorang blogger selain hidup (agaknya). Penyakit ini banyak berjangkit ke orang seni seperti blogger, vlogger, pembuat filem, pengarah, penulis skrip dan tukang kebun??? 


 Biar aku ringkaskan sebab aku tak suka tulis panjang-panjang sebab aku takde idea sebab aku takde aktiviti menarik sebab aku takde idea sebab aku takde sebab.... Maksudnya aku takde idea. Menurut kata Dr. Professor Tuan Luqman (aku ke?), penyakit ini mungkin sudah lama berumah di tepi pantai sebab tak takut dipukul ombak??? Sorry malas nak padam. Tapi jangan risau, Dr. sudah dapat ubat iaitu berdoa kepada Allah moga bertambah idea aku ... 


Pelarian


Selepas ni lebih banyak pelarian iaitu kata - kata melalut, merapu, @xbetul (eehhh). Jadi pelarian kali ini aku dah tertulis diatas agaknya. 


1.  Esok aku akan pergi Pendang berfixie dengan kawan-kawan aku...

Monday, February 6, 2012

Bercuti Sehari - Edisi 2

 Assalamualaikum kepada pembaca yang entah macam mana boleh tersesat di sini (alang-alang dah sesat, baca jelah). Alhamdulillah, semalam, Ahad hari Maulidur Rasul kami sekeluarga pergi membeli tingkap (window shopping) di Padang Besar sedangkan orang lain berarak.


 Apa pun korang dah baca ke edisi pertama. Kalau tak pergilah jenguk. Apa yang aku nak tulis kali ini tak ada kena - mengena  dengan edisi pertama. Macam - macam benda kami beli, seronok bercuti dengan keluarga ni. 


 Kat sana banyak barang murah dan mahal. Aku takde semangat nak tangkap gambar bebanyak  jadi sekadar penghias sajalah. Lepas tu kami beli pintu plak (door shop????). Gurau je.. kami menjeguk Wang Kelian yang kalau korang tak tahan jalan ber-drift (berliku) x payah pergilah. Aku tengok fixie pun ada. Stylo-milo-gilo aku tengok. Ok tu jelah yang aku boleh tulis kali ni......
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com