Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Thursday, March 29, 2012

Tiga Swagger ft Taitingtong & Kamal Adli - Apa Celop To' Lirik


Yeah.... (Tiga Swagger)
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Tukar satu keris kali ini takde sarung
Ayuku yang manis turut lumba baju kurung
Datang satu lagi pakai filter remote kunci
Dua lenggok kanan, dua lenggok kiri


Atas sijil bila kaya nak lumba kuda
Ini Tiga Swagger kalau berani kita lumba
Hidup Rap Malaya, Bapa rock Malaya
Taitingtong sama flow ada gaya


Apa celop to', wa cover lu to'
Jangan takut to', budak ramai to'
Pandang ke kiri nampak budak kita to'
Pandang ke kanan masih budak kita to'


Payung kebal to' takde sapa nak halang
Budak kita to' pandai simpan belang
Oppss, jadilah menghilang, 
Gua layan sorang, gua tak akan goyang
Gua tahu lu


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Yo,yo,yo
Tinggal jangan pandang-pandang
Terus ke Mail lambung, swagger tetap swag ini boleh sambung (swag)


Si manis rapat sikit jangan buat muka sombong
Bukan nak ajak kahwin bukan nak duduk sebumbung
Turun ke gelanggang sama tari menari
Biar seiring sama kita sama catdaddy (say what)


Catdaddy di sini (Catdaddy)
Yeah mari kita catdaddy (lentok)
Pusingkan tangan seperti pusingkan kerusi-kerusi roda
Turunkan badan jangan jatuh ke lantai dansa
Kaki terus silang-silang, kaki macam mengipas 


Naik balik atas perlahan kau libas (lentok)
Libas kiri Libas, Kanan libas-libas (lentok)
Naik gerak badan dan semula dan panas (lentok)
Ha ha, dan panas


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Are you ready boy
Sama-sama kaki kanan, usap kepala
Muka layan, sambung kaki kiri
Jangan stop, layan hip-hop
Swagger pegang janji, hip-hop sampai mati


Ayuh To', mari menari
Senget badan, goyang dan menari
Don't stop, layan hip-hop
Swagger pecahkan hip-hop sampai mati


Apa celop, To'
Kaki kanan, muka layan sambung kaki kiri
Don't stop, usap kepala
Senget badan, goyang tangan ikut nadi


Won't stop, masih hip-hop
Swagger pegang janji pada hip-hop sampai mati
Jangan stop, layan hip-hop
Masih ramai lagi orang macam ka


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop


Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop to'
Apa celop



Kalau korang nak mp3 dia nah boleh klik sini.

Thursday, March 22, 2012

Youtube.com.my??

 Assalamualaikum kepada para pembaa sekalian. Pada hari Jumaat yang mulia ini aku akan berkongsi sedikit maklumat yang baru keluar. Ya bukan Tidak.


 Entri ini berkisahkan youtube. Youtube telah melancarkan satu laman web perkongsian video untuk Malaysia dan kalau korang nak, korang boleh pergi ke youtube.


 'Saya bangga jadi rakyat Malaysia tau'- seseorang

Monday, March 12, 2012

Rambut Panjang

 Assalamualaikum, apa khabar pembaa sekalian alam yang baik hati kerana sudi membaca entri aku yang aku dah siap tulis. Jadi hari ini aku nak kongsi satu masalah yang sering dihadapi lelaki.


 Anda betul, rambut panjang. Sebagai lelaki aku sendiri menyimpan rambut yang panjang kerana aku suka dan selesa. Jadi sebagai pelajar memang kena ngan cikgulah pasal rambut. Kalau yang nak jimat duit tu bolehlah tunggu cikgu gunting tapi bagi pelajar macam aku, kami tak nak rambut kami diganggu.


 Cikgu-cikgu tak nak bagi ruang untuk kami buat apa yang kami suka. Cikgu lelaki pun ada rambut panjang tapi takde plak nak kena gunting ngan cikgu lain. Bagi aku, aku sikat tepi rambut aku dan tidak menggayakan dengan gaya punk, mohawk, fauxhawk atau skinhead. Kenapa nak kacau kami yang berambut panjang sedangkan pelajar cina tidak diambil apa-apa tindakan.


 Jadi untuk tutup entri ni, aku cuma dah tulis takde pelarian.




                                       Nota: Entri ini mempunyai tulisan yang tidak ada didalam kamus kecuali 
                                                 kamus bahasa mat rempit.

Lari! Cuti Dah Datang.

 Baca apa lagi, cepatlah lari cuti tengah kejar ni. Gurau je jangan ambil hati ok. Kita mulakan bacaan dengan kata sapaan Assalamualaikum dan Al-Fatihah. Ok setakat ni kerja sekolah aku tak ingat pun kalau ada dan aku dah berjalan kaki sejauh dalam rumah dan dah bersiar-siar.


 Seronok juga. pagi tadi aku pergi Gunung Jerai bersama Mak Andak, sepupu dan adik beradik aku.Kami tak lari sangat pun tapi seronok jugaklah. Apa yang penting ada gambar. Mak Andak aku datang sini hantar kakak aku yang balik dari asrama yang jauh nun di hulu. Kemudian balik je rumah kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang ikut Mak Andak aku dan ikut Abah aku. Abah aku diikuti dengan angkatan tentera iaitu kakak aku, mak aku, opah aku, Mak Long aku, adik kembar aku (opah, mak long dan sepupu ikut hantar kakak aku sekali tapi dah balik dah). Mak Andak aku pulak diikuti oleh aku, sepupu aku dan adik aku.


 Abah aku pergi Padang Besar dan kami pergi banyak tempat jadi biarlah aku cerita pelan - pelan. Kami bermula dengan pergi Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Merbok. Aku memang terpegun bila melangkah masuk ke dalam walau aku pun tak tahu benda apa yang buat aku terpegun.


 Banyak barang bersejarah dalamnya jadi aku memang tak minat nak cerita. Kemudian kami pergi makan di Radix Fried Chicken kerana Mak Andak aku kata tempat dia takde pun RFC. Restoran tu lengang je aku tengok mungkin kami datang awal kot? Seterusnya kami beransur ke Kulim untuk pergi ke kilang pinggan sebab Mak Andak aku nak tambah koleksi di.


 Masa nak balik tu kami ada singgah Petronas untuk isi minyak kereta dan pergi tandas. Nak keluar kat depan petronas tu ada lorong kecemasan dan lorong tengah tu plak jam jadi kami terpaksalah parking senget skit. Lepas tu ada mamat mana entah hon dekat kami rasanya. Teruk betul perangai dia padahal bukan nak belok pun. Jadi rakyat Malaysia silalah bawa bersabar bila di atas jalan raya ok.


 Dan kami balik dengan penuh gembira. TamaT


Pelarian
1.kemahiran menulis aku semakin hilang jadi kalau tersalah tulis tu sila maafkan.
2.teruk betul perangai rakyat kedah
3.ni entri pertama aku tulis panjang macam karangan

Wednesday, March 7, 2012

NFS Pro Street Java Game

 Haa kali ni aku nak share satu game yang mudah diguna mudah dimain dan mudah di-install. Game ni untuk handset yang sokong format 'jar' ok seperti handset Samsung Corby 2 aku dah lama beli cd ni tapi baru sekarang sedar game tu untuk handset. Fail tu cuma folder biasa jadi agak melecehkan sebab nak convert jadi 'jar' tu susah tapi aku dah atasi masalah ni.


 Aku main sekejap je kat handset mak aku tu tapi ni ada dua screenshot aku sempat ambil. Kalau korang nak download boleh klik sini. Komen kalau ada apa -apa masalah dengan link tu ok.




Tuesday, March 6, 2012

Mengikut Pro

 Ok aku nak minta maaf sesangat sebab dah lama tak post apa-apa. So entri kali ini akan lebih bermakna kalau korang sudi memaafkan aku.


 Tajuk pun dah macam tu jadi nak buat apa kan? Ramai 'pro' guna Mac, ramai 'pro' guna wordpress, ramai 'pro' guna .com, ramai pro guna macam - macam lagi. Kalau semua orang ikut 'pro' mana nak letak windows, mana nak letak blogger, mana nak letak .blogspot.com @ .wordpress.com.


 Apa yang aku cuba bagitau adalah kalau korang nak ikut 'pro' dan korang menjadi professional takpe jangan jadi 'pro'-sak. Kalau dah jadi 'pro'sak, korang akan semakin bema-sak-alah. Sapa nak bayar gaji pekerja kalau windows tak laku. Come on aku bukannya Pembenci produk Apple sedangkan aku terliur baca entri yang diorang dah beli produk Apple.


 Takkan yang guna Internet Explorer ni amatur, takkan tak yang guna domain sendiri ni amatur. Aku bukan nak bangkang mana-mana pendapat blogger yang hebat diluar sana tapi aku just nak menyemakkan blog aku yang dah lama berhabuk ni. Jadi korang fikir-fikirkan lah.... Adios


Pelarian
1. Exam dah start jadi cuti dah mengejar aku nih

Thursday, March 1, 2012

Adobe CS5 Master Collection

 Yeah..... akhirnya aku dah beli cd Adobe CS5 Master Collection walupun pirate tapi aku dah ada pelbagai produk adobe seperti photoshop, soundbooth, flash builder, flash catalyst, flash professional dan sebagainya melainkan After Effect dan Premiere.


 Walaupun aku ada photoshop tapi itu bukanlah sebab aku beli cd 10 ringgit tu. Sebab utama aku beli adalah After Effect tapi tak bleh install pasal aku guna 32x bit bukan 64x bit. Jadi tak ke panas hati ini. kalau aku taulah aku beli cs4 punya.


 Tapi jangan risau aku akan kumpul duit untuk beli pelbagai benda pirate walaupun aku hacker yang ta berapa terer dan hanya mampu hack game je.


 Korang ada photoshop? takde, ada, jangan risau kepada yang takde tak lama lagi aku akan upload photoshop ke mediafire dan korang boleh download ikut suka hati.


 Pelarian
1.  Sabtu ni sekolah aku akan ada merentas desa jadi aku dengan tekadnya akan bawa kamera       kalau adik aku tak guna dan bawa ke rombongan diorang.

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com