Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya

Apa Khabar kepada para pembaca sekalian yang budiman, jelita dan baik hati. Hari ini aku akan bercerita pengalaman aku semasa raya.


Malam Raya sangat seronok bermain mercun,bunga api dan yang sama jenis dengannyerrr.
Begitu juga dengan hari raya selepas balik Solat Raya aku duduk melepak dirumah kerana malas dan tak rajin nak pergi beraya.

Hari seterusnya pun begitu. Kemudian aku balik kampung di Penang plak. Dalam perjalanan ada sekali abah aku tekan brek macam tarik spin dan kami terlanggar divider. Tapi, tapi jangan risau takde yang cedera, yang sakit, ataupun meninggal. kerana sikit jer tu. Jadi kepada pemandu sekalian sila berhati-hati. Anda Mampu Mengubahnya (ingat tak iklan tu)

Pelarian
Raya raya jugak. sekolah jangan malas 

Saturday, August 18, 2012

Cerita Ria Malam Raya


 Apa khabar kepada pra pembaca sekalian... Ini adalah entri khas kerana entri ini ditaip pada MALAM RAYA!!! ya anda tidak salah baca ditaip pada malam raya. Jadi diharap bersabar jangan menjerit...

 Memang seronok kerana pelbagai letupan yang kita tidak takut... Mercunlah tu. Aku ada rakaman mercun merdeka dibawah ini.


note: video ini dirakam menggunakan telefon aku jadi pepahamlah...

Pelarian
1. aku beraya di kampung.... (tak sama dengan taman @ bandar)

Wednesday, August 15, 2012

Cara Menstabilkan Internet


 Hai ho.. Semoga anda semua sihat-sihat belaka. Hari ini aku akan menunjukkan tutorial untuk menstabilkan internet anda sama ada sudah over limit quota atau tidak...


Buka "Command Prompt". "Start>Accessories>Command Prompt". Tulis "ipconfig" dan tekan enter.


ini gambaran selepas tekan enter

Cari IP anda seperti rajah di bawah


Kemudian tulis "ping (IP ANDA) -t"

^ni haa..
dan tekan enter.. anda akan dapati program ni tak berhenti biarkan dan tutup bila nak disconnect jer....

OK bye...

Tuesday, August 14, 2012

My New... Tali Pinggang Wangi

 Hari ini aku nak ceritakan sesuatu yg sangat digemari oleh muda mudi masa kini (agaknyer?). Ya tak lain tak bukan tali pinggang. Dan anda salah. Benda ni bukanlah tali pinggang kulit atau tali pinggang sekolah.

credit to sedara kita Google
Itulah tali pinggang yang aku maksudkan. Tali pinggang wangi. Bukan sahaja wangi malah mempunyai bau yang harum seperti chewing gum. Diperbuat daripada getah dan mempunyai pelbagai warna dan sangat menarik.

Thanks to penaja utama aku, Mak Abah... Kalau dulu berharga RM15 kini sudah kurang ke RM10. Sangat murah (taklah murah sangat) sangat berbaloi. Tapi tali pinggang aku ada line.

nielah line nyer...
Menarik tak? Kalau teringin bolehlah pergi ke pasar malam berdekatan anda...

Saturday, August 11, 2012

Tablet Google Nexus 7

Jawab....jawab


 Kali ini blog aku dah ada sedikit pengubahsuaian... Suka tak? Back to the street, Syarikat yg feymes tak lain tak bukan Google melancarkan tabletnya yang terbaru iaitu Google Nexus 7 dengan kerjasama ASUS. Harganya cuma RM615 (USD199). Syarikat tersebut kini mendapat respons yang amat baik.

                                                 

Mungkin kerana bersaiz tujuh inci, berkuasa Android 4.1 (Jelly Bean), skrin 1280 x 800 resolusi tinggi yang dilindungi gelas Corning yang tahan calar. Bateri yang sangat berkuasa boleh bertahan 8 jam untuk video HD, 10 jam pelayaran web atau 10 jam untuk e-baca.

Untuk lebih menarik, kerjasama daripada ASUS dan NVIDIA Tegra 3 dengan kuasa Quad Core bermaksud segala-galanya lebih pantas. Dengan lebih 600,000 aplikasi dan permainan di Google Play tablet ini memang pilihan yang terbaik.

Apa pendapat korang?

Sumber

Friday, August 10, 2012

Memerlukan Bantuan

 Assalamualaikum.... Terasa seronok plak menulis entri ini... kenapa mungkin ini kali pertama menulis post menggunakan old interface buat kali pertama setelah beberapa bulan meninggalkannya.

 Untuk entri ini aku akan merayu, meraung, menggaung (bleh?) kepada korang untuk klik iklan di kiri dan kanan korang. Well, walaupun korang tak berminat korang boleh klik dan biarkan ia load untuk beberapa saat dan barulah korang tutup.

Terima Kasih....

Wednesday, August 1, 2012

Sedikit Update

 Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Apa khabar kepada semua pembaca sama ada yang berpuasa atau pun tidak. Kali ini aku tidak akan tulis teruk-teruk sebab aku nak update sedikit sahaja.


Sedar atau pun tak sudah masuk 13 hari kita berpuasa. Siapa yang sangka masa berlalu begitu pantas hingga kita tidak sedar (kadang-kadang). Mungkin dalam otak korang sekarang ini dah update pasal baju raya, kuih raya, duit raya, jalan raya dan balai raya (bleh?). Tapi aku malas fikir pasal tu.


Bulan Ramadhan yang mulia ini sama-samalah kita penuhkan dengan amalan. Jangan ingat jualan murah di pasar raya sahaja. Ingat juga harga runtuh pahala di bulan mulia ini. Bersyukurlah kerana kita masih bernyawa untuk berpuasa.

Kejadian mercun sudah pun muncul di tv. Tapi kenapa tiap kali kecederaan mercun hanya di Kedah. Ada juga orang akan cakap malam nanti nak sahur. Dia memang sahur waktu malam ke? Atau subuh dia memang malam. Penggunaan ayat yang salah sebenarnya. Baiklah saya rasa tidak ada apa lagi yang saya hendak taip.


Pelarian
1. saya akan berbuka di sekolah hari ini. Seronok??..

Baiklah aku reverse diri dulu. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam propaganda.
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com