Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Monday, December 31, 2012

Sekolah

 Assalamualaikum, semoga anda sihat sejahtera. Malam ini saya terpanggil untuk publish entri yg terakhir... untuk tahu 2012. Rasanya kalau ini entri yg terakhir pun takde sapa kisah..

Pagi tadi saya pergi sekolah untuk pendaftaran dan pengurusan. Sebenarnya tak payah nk daftar pun masuk macam tu jerr. Well that's not the thing, now here's come the BOOM..!!.. masa rehat punyalah ramai.. memang tak makanlah aku. Sempat beli air jerr tu pun tak berapa nak ramai... Patutlah cikgu bahagikan rehat.. Alhamdulillah.

Sebenarnya aku pun heran. Cerita kat TV3 ni nak ulang berapa kali langsung?? Iklan dia tak cukup lama.. kalau boleh buatlah iklan 60 minit untuk satu cerita durasi 1 jam.. Sudahlah aku nak tidoq.. Happy New Year... Selamat Tahun Baru ..::CandyDate::..

Saturday, December 29, 2012

Mengarut 2012

 Assalamualaikum, pa habaq. tak sangka 2012 akan pergi tak lama lagi dan aku pasti pelbagai kenangan telah dilalui sepanjang tahun ini. Suka duka, tempuh bersama, tak kira kawan atau keluarga. Jadi korang mesti ada something yang menghiburkan. Well aku takde sesuatu yg menghiburkan tahun ini....... Nanti! aku ada sesuatu yg menghiburkan... Al-Quran. tak kira ke mana sahaja aku pergi.

 Ok korang mungkin tertanya-tanya apa motif si pailang ni? Apakah konsep yang diketengahkan? apa yang hendak digosip ni.. Sebenarnya takde apa pun yg aku boleh gosip dgn korang jadi aku akan tulis perkara mengarut.. Barang sekolah dah beli?.. jgn ditunggu duit RM100 yg dijanjikan takde gunanya..

 Kadang-kadang aku suka perkara yg semak lagi menyemak di celah-celah semak seperti header yang baru itu.. Bukan apa aku ni PMR 2013 candidate so I can't focus on study if I can't focus on internet. So itu sahaja yg aku nak kongsikan bersama para pembaca..

    Pelarian
  • Blog aku ada Malware plak..
  • Apa azam tahun baru korang
  • aku berazam supaya aku ada azam 

Sunday, December 9, 2012

Ayat Nak Balik Rumah Bila Sembang Dengan Kawan

 Assalamualaikum, apa khabar kepada pembaca sekalian, bulatan perhatian, dah Solat ke belum. Tak kisahlah solat apa jangan nak tinggalkan. Solat tu wajib. Ok korang pernah tak bila sembang dengan kekawan dan dah cukup masa untuk korang balik rumah. Tapi rasa bersalah jer nak tinggalkan kekawan korang. Jadi aku dah senaraikan beberapa ayat untuk korang supaya cepat skit balik.

Untuk yang Alim:
1. Sorry aku nak balik sembahyang
2. reply: awal lagi
3. korang nak masuk Syurga awal ke lambat.

Untuk yang Ranggi:
1. Yo, wa gerak lu.
2. reply: lek lu malam masih muda @ tak malam lagi
3. nak mati bukan kira tua ke muda @ nak mati tak kira siang ke malam.

Untuk yang 'Skema'
1. Maafkan saya, saya nak balik rumah
2. reply: Tapi kita masih belum selesai berbicara
3. Mak saya nak berbicara perkara yang lebih penting

Untuk yang Gengster
1. Chow dulu
2. reply: gengster mana ada balik awal
3. Bapak aku ketua gengster

Untuk yang biasa-biasa saja
1. Buybe kekawan sekalian
2. reply: ko nak pergi mana
3. Ku berasal dari tanah dan ke tanah akan ku kembali

Jadi itulah sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat sampaikan. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

Friday, December 7, 2012

Semuanya Percuma

 Assalamualaikum, apa khabar kepada hadirin sekalian. Hari ini saya akan berkongsi satu laman web. Jadi...

Amaran 
Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua yang akan berlaku. Anda mungkin akan mengalami simptom sakit telinga, bernanah mata, terbakar hati... Jika anda bukan pengguna Android.

Saya harap laman web yang saya kongsikan ini tidak langsi dan tidak mati?? Penuh dengan aplikasi dan permainan yang boleh dimuat turun secara percuma. Anda telah minat, jatuh cinta terhadap aplikasi yang anda lihat di Play Store, tetapi anda tidak mampu untuk membayar aplikasi itu? Jadi  laman web yang saya kongsikan ini dapat membantu anda. Anda juga boleh meminta aplikasi daripada admin laman web itu jadi harap ini bermanfaat untuk anda.

Wednesday, December 5, 2012

WiFi dan QR Code

 Assalamualaikum, apa khabar, semoga anda sihat sejahtera dan duduknya saya di atas kerusi ini sangat gembira sambil jari-jemari saya menari di lantai kekunci. First of all aku sangat berpuas hati dengan wifi yg baru sahaja dibeli (boleh kata barulah). Walaupun slow tapi tak mengecewakan aku.

 Dan ada orang pernah cakap "Buka internet malam-malam sebab malam tak ramai guna", aku dah lama tahu penjelasan tapi aku tak perasan jadi biarlah aku cerita pelan-pelan. Kalau pengguna Wifi seperti aku kuota sudah dibahagikan kepada bahagian siang dan malam. Tak faham? Ok contoh kalau beli kuota 8gb dia akan bahagikan 4gb waktu siang dan 4gb waktu malam. Lazimnya kita memang selalu berinternet waktu siang jadi kuota untuk waktu malam tidak digunakan sebab itu laju.

 Panjang betul perenggan dia atas! Kalau dah ada wifi memang teruk henset aku sebab aku maintain surf guna telefon pintar kesayangan aku ni. Sangat menyeronokkan dan bahagia. Lepas ni aku nak tengok movie plak! Tibalah masa untuk aku menjelaskan apa itu QR Code kepada kamu semua.



 QR Code ni maksudnya "Quick Response Code" trademark untuk jenis matrix barcode (kod dua dimensi) yang direka untuk industri automotif. Dan telah menjadi popular diluar industri itu kerana tindak balas yang cepat dan kapasiti yang besar. Seperti biasalah aku ni bukan wikipedia jadi kalau nak tahu lebih lanjut pergi ke sini. Untuk telefon aku gunakan Quickmark.

 Update tak sampai seminit
Kuota wifi ni dah nak habis dan Maxis sering hantar mesej supaya top-up kuota. cuba tengok kanan screenshot daripada henset aku ni. Semangat sikit nak Solat.
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com