Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Sunday, December 9, 2012

Ayat Nak Balik Rumah Bila Sembang Dengan Kawan

 Assalamualaikum, apa khabar kepada pembaca sekalian, bulatan perhatian, dah Solat ke belum. Tak kisahlah solat apa jangan nak tinggalkan. Solat tu wajib. Ok korang pernah tak bila sembang dengan kekawan dan dah cukup masa untuk korang balik rumah. Tapi rasa bersalah jer nak tinggalkan kekawan korang. Jadi aku dah senaraikan beberapa ayat untuk korang supaya cepat skit balik.

Untuk yang Alim:
1. Sorry aku nak balik sembahyang
2. reply: awal lagi
3. korang nak masuk Syurga awal ke lambat.

Untuk yang Ranggi:
1. Yo, wa gerak lu.
2. reply: lek lu malam masih muda @ tak malam lagi
3. nak mati bukan kira tua ke muda @ nak mati tak kira siang ke malam.

Untuk yang 'Skema'
1. Maafkan saya, saya nak balik rumah
2. reply: Tapi kita masih belum selesai berbicara
3. Mak saya nak berbicara perkara yang lebih penting

Untuk yang Gengster
1. Chow dulu
2. reply: gengster mana ada balik awal
3. Bapak aku ketua gengster

Untuk yang biasa-biasa saja
1. Buybe kekawan sekalian
2. reply: ko nak pergi mana
3. Ku berasal dari tanah dan ke tanah akan ku kembali

Jadi itulah sedikit sebanyak maklumat yang aku dapat sampaikan. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

No comments:

Post a Comment

Tulislah komen dikau

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com