Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Monday, January 30, 2012

Memimpin Tanpa Agama

 Ok hari ni aku bukan nak cerita pasal PM atau politik. Pada mulanya aku ingat tak payah nak post pasal ni tapi kerana masih kecoh di berita dan surat khabar, aku buat keputusan untuk post pasal benda kecil yang diorang tak paham.


Tadi aku tengok berita diorang kata nak ambil tindakan tegas pada siapa yang menjual BB1M. Ha..tu dia BB1M atau nama pangjaaaannnnngnya Baucar Buku 1 Malaysia yang telah diedarkan secara percuma tapi ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual baucar - baucar buku tu dengan harga yang tertentu. 


Aku berterima kasih kepada kerajaan sebab  mengedarkan baucar ni walau aku tak guna pun tapi bila kerajaan sudah bagi baucar tu, baucar tu dah jadi hak diorang dan tak ada manusia boleh melarang penerima daripada menjual, membakar, mengguna atau buat apa saja yang diorang nak sebab baucar itu dah jadi milik diorang. Kalau ikut hukum agama pun mereka xder sapa boleh kacau melainkan Allah.


Jadi apa yang aku nak tekankan di entri ini, kalau dah bagi kita cuma boleh menegur mereka namun tidak boleh menghukum mereka kerana salah guna benda yang sudah jadi milik mereka. Aku tak pasti berdosakah orang yang menghukum seseorang kerana menjual barang milik mereka tapi aku yakin ramai pakar-pakar agama dan lain-lain menyokong aku.
Kalau nak tahu pasal BB1M ni klik sini.

nota: Sorry kalau tajuk kasar sangat

No comments:

Post a Comment

Tulislah komen dikau

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com