Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Wednesday, January 4, 2012

Studio Filem Bertaraf Antarabangsa

Seperti mana yang anda semua tahu dan x tahu, sekolah dah start jadi memang akan berkurang kerajinan nak post apa2. Jadi aku pun akan ubah skit design blog ni.



Malaysia Semakin Maju

Pinewood Iskandar Malaysia Studios telah dibina di Johor Bahru bagi membantu meningkatkan kepesatan pembangunan industri perfileman di Malaysia.
Studio perfileman yang bernilai RM300 juta ini dikatakan mampu meletakkan Malaysia menandingi negara-negara lain dalam dengan kecanggihan teknologi bertaraf antarabangsa ini sekaligus memberi gambaran Malaysia semakin maju.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Michael Lake, dia benar-benar kagum dan teruja dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan berharap dengan kehadiran studio ini dapat mengubah industri filem dan televisyen menjadi lebih baik.
Dijangka siap pada tahun 2013, studio ini dibina menerusi usahasama antara Pinewood Shepperton dari United Kingdom dan didukung pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings.
Studio ini akan memberikan kemudahan kepada industri perfileman serta televisyen sejak daripada peringkat pra produksi sehinggalah pasca produksi.
Kredit untuk Nadia Najib dan Yahoo! .

No comments:

Post a Comment

Tulislah komen dikau

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com