Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Monday, March 12, 2012

Lari! Cuti Dah Datang.

 Baca apa lagi, cepatlah lari cuti tengah kejar ni. Gurau je jangan ambil hati ok. Kita mulakan bacaan dengan kata sapaan Assalamualaikum dan Al-Fatihah. Ok setakat ni kerja sekolah aku tak ingat pun kalau ada dan aku dah berjalan kaki sejauh dalam rumah dan dah bersiar-siar.


 Seronok juga. pagi tadi aku pergi Gunung Jerai bersama Mak Andak, sepupu dan adik beradik aku.Kami tak lari sangat pun tapi seronok jugaklah. Apa yang penting ada gambar. Mak Andak aku datang sini hantar kakak aku yang balik dari asrama yang jauh nun di hulu. Kemudian balik je rumah kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang ikut Mak Andak aku dan ikut Abah aku. Abah aku diikuti dengan angkatan tentera iaitu kakak aku, mak aku, opah aku, Mak Long aku, adik kembar aku (opah, mak long dan sepupu ikut hantar kakak aku sekali tapi dah balik dah). Mak Andak aku pulak diikuti oleh aku, sepupu aku dan adik aku.


 Abah aku pergi Padang Besar dan kami pergi banyak tempat jadi biarlah aku cerita pelan - pelan. Kami bermula dengan pergi Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Merbok. Aku memang terpegun bila melangkah masuk ke dalam walau aku pun tak tahu benda apa yang buat aku terpegun.


 Banyak barang bersejarah dalamnya jadi aku memang tak minat nak cerita. Kemudian kami pergi makan di Radix Fried Chicken kerana Mak Andak aku kata tempat dia takde pun RFC. Restoran tu lengang je aku tengok mungkin kami datang awal kot? Seterusnya kami beransur ke Kulim untuk pergi ke kilang pinggan sebab Mak Andak aku nak tambah koleksi di.


 Masa nak balik tu kami ada singgah Petronas untuk isi minyak kereta dan pergi tandas. Nak keluar kat depan petronas tu ada lorong kecemasan dan lorong tengah tu plak jam jadi kami terpaksalah parking senget skit. Lepas tu ada mamat mana entah hon dekat kami rasanya. Teruk betul perangai dia padahal bukan nak belok pun. Jadi rakyat Malaysia silalah bawa bersabar bila di atas jalan raya ok.


 Dan kami balik dengan penuh gembira. TamaT


Pelarian
1.kemahiran menulis aku semakin hilang jadi kalau tersalah tulis tu sila maafkan.
2.teruk betul perangai rakyat kedah
3.ni entri pertama aku tulis panjang macam karangan
Comments
1 Comments

1 Komen Bijak Pandai:

Smiley nie untuk korang... gunalah..:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
  1. 1. sangat poyo kan pemandu tu
    2. ha'a sangat terpegun ngan Single Valley (i like the way u translated it Kokuman)
    3. Sangat banyak pinggan
    4. Mak Andak enjoyed d trip tremendously (ayat buku English Tingkatan 2)
    5. Hope we can make more short trips in future!

    ReplyDelete

Tulislah komen dikau

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com