Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts
Showing posts with label fixie aku. Show all posts
Showing posts with label fixie aku. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Aku Dan Fixie 3

 Perghh gila lain exp yang aku dapat kali ini. Kalau korang pergi mana - mana pun pastikan persiapan cukup. Muqadimmah yang paling tak boleh blah bila tunggu sampai pukul 10 baru bertolak.

 Korang kena baca episod yang pertama dan kedua. Kalau dah baca, bagus tapi kalau tak.... pergilah baca. Kami pergi ke Modenas Gurun dan bertapak di situ agak lama.

 Sampai situ aku tengok motor besar penuh gila cool, ahli-ahli silat penuh, tak berapa cool. Aku sempat pergi check kedai yang ada, aku ngan kekawan aku nampak gerai yang dikerumuni dan kemudian orang macam tak berapa nak minat. So aku pergi check dan mata aku nampak keychain yang memang lawa dan menakjubkan tapi harganya lebih menakjubkan.

 Jadi faham - fahamlah kenapa aku orang macam tak minat. Ini kali pertama tayar fixie aku pecah dan sebab musababnya ialah *** ****. Jadi kami pegi singgah Aneka buat sementara waktu dan aku balik naik motor dengan kawan aku dan.... aku masih tunggu fixie aku sampai ke rumah. Baik betul diorang nak tolong hantar.
Kawan korang maam tu ke?

Pelarian 


1. maaf pelarian dah lari dan tak sempat tangkap.

Sunday, February 12, 2012

Aku Dan Fixie 2

 Haa... kan aku dah kata ada sambungan.....Jumaat, 10 haribulan tercatat dalam sejarah hidup aku menunggang beramai-ramai ke Bukit Perak, Pendang..gila syiok oooo


 Kalau letih memang tak payah cakaplah memang letih siot..tapi pengalaman yang korang akan dapat memang tak boleh dilupakan.Hari pertama aku dan fixie aku berjalan jauh - jauh dari Guar....ada banyak geng, Yan, Gurun , Pendang, dan Guar.


 Gambar selalunya akan bersama-sama dengan entri tapi kali ni aku tak bawak kamera jadi memang takde gambarlah kan. Sebab tak bawak adalah rahsia. Masa nak balik tu banyak kejadian yang berlaku tapi aku tak boleh nak ceritalah, jadi sila berhati-hati.


Pelarian
1. Alhamdulillah..... jumlah pageview blog ni makin meningkat.
2. gila lain sekolah ari ni padahal apalah sangat.
3. nama tempat adalah Bukit Perak
4.nama sungai ialah Sungai Rambai

Sunday, January 15, 2012

Aku Dan Fixie 1

Ok aku ada satu cerita....pasal Fixie. Petang tadi bermulalah jual beli fixie di Aik Huat Kedai Basikal. Oleh kerana aku xder lesen motor dan basikal jadi abah aku dah belikan aku fixie nie.. jadi memang jelaslah kenapa aku "terhegeh-hegeh" nak post entri ni.....Fakta dulu..

 Kalau korang pergi kawasan bandar macam aku Alor Star, Sungai Petani pasti mata korang akan perasan sekumpulan orang menunggang basikal berwarna - warni yang cantik atau fixie. Nama fixie timbul daripada perkataan 'fixed-gear' pasal basikal ni xder 'freewheel' atau orang Kedah lebih senang panggil "preweng mampuih".Sesetengah fixie tidak mempunyai brek, untuk berhenti korang mesti gunakan kaki bahkan fixie ni boleh dikayuh mengundur.

gambar ni x edit pun.. percaya x.
Basikal fixie ni muncul pada tahun 1950 dan mulalah menjadi trend. Sebab basikal fixie xder brek, korang kenalah kuat untuk hentikan pengayuh daripada berpusing dan perbuatan ini digelar "skidding". Harga basikal fixie nie paling rendah setakat ini RM350 dan boleh mencecah berjuta-juta.


Bagi akulah, fixie nie sangat bagus kerana boleh mengelakkan remaja daripada merempit dengan motor. Dan kalau korang terer sangat boleh jadi cam jiran aku, buat wheelie dowh... ini kenyataan, nak tengok gambar fixie aku pergilah fb aku. Aku x tau kenapa aku tulis tajuk "Aku Dan Fixie 1", tapi aku yakin cerita ni ada sambungan.
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com