Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts
Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Mengikut Pro

 Ok aku nak minta maaf sesangat sebab dah lama tak post apa-apa. So entri kali ini akan lebih bermakna kalau korang sudi memaafkan aku.


 Tajuk pun dah macam tu jadi nak buat apa kan? Ramai 'pro' guna Mac, ramai 'pro' guna wordpress, ramai 'pro' guna .com, ramai pro guna macam - macam lagi. Kalau semua orang ikut 'pro' mana nak letak windows, mana nak letak blogger, mana nak letak .blogspot.com @ .wordpress.com.


 Apa yang aku cuba bagitau adalah kalau korang nak ikut 'pro' dan korang menjadi professional takpe jangan jadi 'pro'-sak. Kalau dah jadi 'pro'sak, korang akan semakin bema-sak-alah. Sapa nak bayar gaji pekerja kalau windows tak laku. Come on aku bukannya Pembenci produk Apple sedangkan aku terliur baca entri yang diorang dah beli produk Apple.


 Takkan yang guna Internet Explorer ni amatur, takkan tak yang guna domain sendiri ni amatur. Aku bukan nak bangkang mana-mana pendapat blogger yang hebat diluar sana tapi aku just nak menyemakkan blog aku yang dah lama berhabuk ni. Jadi korang fikir-fikirkan lah.... Adios


Pelarian
1. Exam dah start jadi cuti dah mengejar aku nih

Saturday, February 25, 2012

Aku Dan Fixie 3

 Perghh gila lain exp yang aku dapat kali ini. Kalau korang pergi mana - mana pun pastikan persiapan cukup. Muqadimmah yang paling tak boleh blah bila tunggu sampai pukul 10 baru bertolak.

 Korang kena baca episod yang pertama dan kedua. Kalau dah baca, bagus tapi kalau tak.... pergilah baca. Kami pergi ke Modenas Gurun dan bertapak di situ agak lama.

 Sampai situ aku tengok motor besar penuh gila cool, ahli-ahli silat penuh, tak berapa cool. Aku sempat pergi check kedai yang ada, aku ngan kekawan aku nampak gerai yang dikerumuni dan kemudian orang macam tak berapa nak minat. So aku pergi check dan mata aku nampak keychain yang memang lawa dan menakjubkan tapi harganya lebih menakjubkan.

 Jadi faham - fahamlah kenapa aku orang macam tak minat. Ini kali pertama tayar fixie aku pecah dan sebab musababnya ialah *** ****. Jadi kami pegi singgah Aneka buat sementara waktu dan aku balik naik motor dengan kawan aku dan.... aku masih tunggu fixie aku sampai ke rumah. Baik betul diorang nak tolong hantar.
Kawan korang maam tu ke?

Pelarian 


1. maaf pelarian dah lari dan tak sempat tangkap.

Sunday, October 9, 2011

Aku Luqman Dan Aku Bukan Pelarian

Selamat datang ke blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih diucapkan kepadapara hadirin kerana sudi membaca apa yang saya tulis ni. Blog ini saya tidak berapa pasti umurnya kerana kerajinan (malas sangat) nak post entri.
Saya berumur 13 tahun dan anak kedua dari 5 adik-beradik. Saya tinggal di Kedah tetapi maaf maklumat terperinci tidak boleh diberikan. Saya bersekolah tidak jauh dari rumah saya dan saya mempunyai kawan-kawan yang baik-baik belaka.

Saya tidak mempunyai laptop atau komputer persendirian mahupun internet yang stabil. Jadi saya minta maaf jika tidak mengeluarkan entri yang baru setiap minggu. Saya ada akaun facebook dan youtube. Saya tidak akan upload video mingguan kerana kelajuan internet yang sangat laju (paham-pahamlah).
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com