Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts
Showing posts with label mahal. Show all posts
Showing posts with label mahal. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Memimpin Tanpa Agama

 Ok hari ni aku bukan nak cerita pasal PM atau politik. Pada mulanya aku ingat tak payah nak post pasal ni tapi kerana masih kecoh di berita dan surat khabar, aku buat keputusan untuk post pasal benda kecil yang diorang tak paham.


Tadi aku tengok berita diorang kata nak ambil tindakan tegas pada siapa yang menjual BB1M. Ha..tu dia BB1M atau nama pangjaaaannnnngnya Baucar Buku 1 Malaysia yang telah diedarkan secara percuma tapi ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual baucar - baucar buku tu dengan harga yang tertentu. 


Aku berterima kasih kepada kerajaan sebab  mengedarkan baucar ni walau aku tak guna pun tapi bila kerajaan sudah bagi baucar tu, baucar tu dah jadi hak diorang dan tak ada manusia boleh melarang penerima daripada menjual, membakar, mengguna atau buat apa saja yang diorang nak sebab baucar itu dah jadi milik diorang. Kalau ikut hukum agama pun mereka xder sapa boleh kacau melainkan Allah.


Jadi apa yang aku nak tekankan di entri ini, kalau dah bagi kita cuma boleh menegur mereka namun tidak boleh menghukum mereka kerana salah guna benda yang sudah jadi milik mereka. Aku tak pasti berdosakah orang yang menghukum seseorang kerana menjual barang milik mereka tapi aku yakin ramai pakar-pakar agama dan lain-lain menyokong aku.
Kalau nak tahu pasal BB1M ni klik sini.

nota: Sorry kalau tajuk kasar sangat

Sunday, January 15, 2012

Aku Dan Fixie 1

Ok aku ada satu cerita....pasal Fixie. Petang tadi bermulalah jual beli fixie di Aik Huat Kedai Basikal. Oleh kerana aku xder lesen motor dan basikal jadi abah aku dah belikan aku fixie nie.. jadi memang jelaslah kenapa aku "terhegeh-hegeh" nak post entri ni.....Fakta dulu..

 Kalau korang pergi kawasan bandar macam aku Alor Star, Sungai Petani pasti mata korang akan perasan sekumpulan orang menunggang basikal berwarna - warni yang cantik atau fixie. Nama fixie timbul daripada perkataan 'fixed-gear' pasal basikal ni xder 'freewheel' atau orang Kedah lebih senang panggil "preweng mampuih".Sesetengah fixie tidak mempunyai brek, untuk berhenti korang mesti gunakan kaki bahkan fixie ni boleh dikayuh mengundur.

gambar ni x edit pun.. percaya x.
Basikal fixie ni muncul pada tahun 1950 dan mulalah menjadi trend. Sebab basikal fixie xder brek, korang kenalah kuat untuk hentikan pengayuh daripada berpusing dan perbuatan ini digelar "skidding". Harga basikal fixie nie paling rendah setakat ini RM350 dan boleh mencecah berjuta-juta.


Bagi akulah, fixie nie sangat bagus kerana boleh mengelakkan remaja daripada merempit dengan motor. Dan kalau korang terer sangat boleh jadi cam jiran aku, buat wheelie dowh... ini kenyataan, nak tengok gambar fixie aku pergilah fb aku. Aku x tau kenapa aku tulis tajuk "Aku Dan Fixie 1", tapi aku yakin cerita ni ada sambungan.
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com