Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts
Showing posts with label sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Aku Dan Fixie 1

Ok aku ada satu cerita....pasal Fixie. Petang tadi bermulalah jual beli fixie di Aik Huat Kedai Basikal. Oleh kerana aku xder lesen motor dan basikal jadi abah aku dah belikan aku fixie nie.. jadi memang jelaslah kenapa aku "terhegeh-hegeh" nak post entri ni.....Fakta dulu..

 Kalau korang pergi kawasan bandar macam aku Alor Star, Sungai Petani pasti mata korang akan perasan sekumpulan orang menunggang basikal berwarna - warni yang cantik atau fixie. Nama fixie timbul daripada perkataan 'fixed-gear' pasal basikal ni xder 'freewheel' atau orang Kedah lebih senang panggil "preweng mampuih".Sesetengah fixie tidak mempunyai brek, untuk berhenti korang mesti gunakan kaki bahkan fixie ni boleh dikayuh mengundur.

gambar ni x edit pun.. percaya x.
Basikal fixie ni muncul pada tahun 1950 dan mulalah menjadi trend. Sebab basikal fixie xder brek, korang kenalah kuat untuk hentikan pengayuh daripada berpusing dan perbuatan ini digelar "skidding". Harga basikal fixie nie paling rendah setakat ini RM350 dan boleh mencecah berjuta-juta.


Bagi akulah, fixie nie sangat bagus kerana boleh mengelakkan remaja daripada merempit dengan motor. Dan kalau korang terer sangat boleh jadi cam jiran aku, buat wheelie dowh... ini kenyataan, nak tengok gambar fixie aku pergilah fb aku. Aku x tau kenapa aku tulis tajuk "Aku Dan Fixie 1", tapi aku yakin cerita ni ada sambungan.

Friday, December 16, 2011

Karenah Orang Kita



Aku baru balik dari jenjalan ngan family aku. Seronok gak arr sampai...patutnya cerita intro dulu..ok lah.Sampai jer kat Aneka kenalah cari parking masa kat pintu masuk tu ramai orang berbaju sama ada kat port tu nasib baik baju hijau kalau kuning dah cancel dah..

Masuk jerr aku nampak sorang mak cik nie (x kenal tapi nk cerita gak) pakai tudung skit nyer alim tengok saiz cam ngandung tapi.... pakai seluar ketat mengalahkan entah apa nama artis ni (bukan artis Malaysia kot). Kami terus menuju ke bahagian atas Abah aku plak terserempak ngan sorang kwn dia. So sembang lama2~... mak aku ngan lain2 dah pergi Popular beli buku (ulat bukulah konon). Tinggal aku ngan adik aku sedia menunggu saat tamat jerr sembang tu...

Time nak pergi Popular  jalan2 dulu....jalan punya jalan (macam besar sangat Aneka tuhh) ternampak duit singgit berlipat tanpa buang masa aku terus pijak dan ambil duit tu (rezeki) adik aku mulalah ngada2 nk duit tu (x sedar diri) tapi aku itu duit aku yg punya hahaha....Kami pergilah ke Wanji restoran yang familiar dalam otak aku.Time nk kluar dari kereta dia merajuk plak...so abah aku cancel makan kat situ (kejap gi ada yg masuk spital kang) ..

Apa pun moralnya x payah lah nak nyusahkan orang lan hanya kerana emosi kita. Emosi membawa MATI..camna leh mati... yelar emo sangat sampa xnak makan konfem mati....hahahah. lagi satu x payah lah nk legging leg atau pakai sluar skinny kalau dah tau itu dosa pasal tunjukkan kaki (baik xyah pakai sluar)....
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com