Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Sunday, January 15, 2012

Aku Dan Fixie 1

Ok aku ada satu cerita....pasal Fixie. Petang tadi bermulalah jual beli fixie di Aik Huat Kedai Basikal. Oleh kerana aku xder lesen motor dan basikal jadi abah aku dah belikan aku fixie nie.. jadi memang jelaslah kenapa aku "terhegeh-hegeh" nak post entri ni.....Fakta dulu..

 Kalau korang pergi kawasan bandar macam aku Alor Star, Sungai Petani pasti mata korang akan perasan sekumpulan orang menunggang basikal berwarna - warni yang cantik atau fixie. Nama fixie timbul daripada perkataan 'fixed-gear' pasal basikal ni xder 'freewheel' atau orang Kedah lebih senang panggil "preweng mampuih".Sesetengah fixie tidak mempunyai brek, untuk berhenti korang mesti gunakan kaki bahkan fixie ni boleh dikayuh mengundur.

gambar ni x edit pun.. percaya x.
Basikal fixie ni muncul pada tahun 1950 dan mulalah menjadi trend. Sebab basikal fixie xder brek, korang kenalah kuat untuk hentikan pengayuh daripada berpusing dan perbuatan ini digelar "skidding". Harga basikal fixie nie paling rendah setakat ini RM350 dan boleh mencecah berjuta-juta.


Bagi akulah, fixie nie sangat bagus kerana boleh mengelakkan remaja daripada merempit dengan motor. Dan kalau korang terer sangat boleh jadi cam jiran aku, buat wheelie dowh... ini kenyataan, nak tengok gambar fixie aku pergilah fb aku. Aku x tau kenapa aku tulis tajuk "Aku Dan Fixie 1", tapi aku yakin cerita ni ada sambungan.

Thursday, January 5, 2012

Kerja Sekolah?? Layakkah Disiapkan

Mesti kolrang pon ada kerja skolahkan? Kerja banyak atau sikit korang tetap rasa malas siapkan. Itulah lumrah hidup. Nie aku ada beberapa tips, bukan tips belajar tapi tips siapkan kerja sekolah..

1. Kat sekolah mesti ada cikgu yg bagi kerja banyak ada yg bagi sikitkan? Jadi siapkan yang sikit dulu.
2. Contoh kalau korang ada kerja B.I dan esok ada subjek tu.. siapkan dulu kerja BI.
3. Dengar radio untuk menghiburkan korang di waktu korang buat homework (kalau sunyi pun xpe).
4. Kalau rasa letih dan lenguh - lenguh tu pandai2lah exesaiz (exercise) skit.




cukup sudah... kalau korang rasa cara malas ni pon korang x nak ikut suka hati lar...

Wednesday, January 4, 2012

Studio Filem Bertaraf Antarabangsa

Seperti mana yang anda semua tahu dan x tahu, sekolah dah start jadi memang akan berkurang kerajinan nak post apa2. Jadi aku pun akan ubah skit design blog ni.



Malaysia Semakin Maju

Pinewood Iskandar Malaysia Studios telah dibina di Johor Bahru bagi membantu meningkatkan kepesatan pembangunan industri perfileman di Malaysia.
Studio perfileman yang bernilai RM300 juta ini dikatakan mampu meletakkan Malaysia menandingi negara-negara lain dalam dengan kecanggihan teknologi bertaraf antarabangsa ini sekaligus memberi gambaran Malaysia semakin maju.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Michael Lake, dia benar-benar kagum dan teruja dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan Malaysia dan berharap dengan kehadiran studio ini dapat mengubah industri filem dan televisyen menjadi lebih baik.
Dijangka siap pada tahun 2013, studio ini dibina menerusi usahasama antara Pinewood Shepperton dari United Kingdom dan didukung pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings.
Studio ini akan memberikan kemudahan kepada industri perfileman serta televisyen sejak daripada peringkat pra produksi sehinggalah pasca produksi.
Kredit untuk Nadia Najib dan Yahoo! .
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com