Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Monday, June 11, 2012

Sekolah Mari!!

 Assalamuailakum kepada para pembaca yang tengah boring kerana perangaai saya yang jarang post apa-apa. Ok lah saya nak cerita pasal pengalaman saya bercuti di rumah mak cik saya. Well annoying giler wehh internet tak ada tapi aku tak kisah sangat pasal longgokan game yang terdapat dalam laptop dia dan astro yang ada (tak payah nak alih area) 


 Kemudian kami berangkat pergi ke Midvalley untuk beli seluar adik aku (adik aku dan sepupu aku ikut jugak). Masa masuk tu first thing that pop out in my mind is apa benda tu. Rupanya ada pameran Micky Mouse di situ. Tapi aku takdelah plak gatal nak bergambar dengan patung mickey mouse kat situ. Habis beli, kami balik


 Lusanya kami pergi ke Suria KLCC (fuyoo!) bersiar-siar makan angin lah katakan. Bila perut dah mengaum kami singgah makan sebentar di food court kat situ. kami order nasi ayam. Tapi bukan ayam tu aku nak cerita tapi sup itu. Sup itu berbau air rebusan ayam dan tak sanggup aku nak telan. Sekian sajalah kemerapuan aku dalam post kali ini. PAPAI!

Tuesday, May 29, 2012

Cuti Sudah Datang. LAGI?

 Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia kepada semua pembaca yang baik hati kerana sudi membaca post pertama dan terakhir (kot) untuk bulan ni. Aku tertanya-tanya kalau tak lama dulu aku ada post pasal sains. Korang mungkin akan tahu betapa rumitnya nak keluarkan kanta daripada mata lembu tu, apatah lagi nak masukkan. Indah sungguh ciptaan Allah.


 Cuti dah datang semestinya sebagai pelajar sekolah duit sudah berkemas nak lari. Sakit plak otak aku nak fikir masalah ni. Kerja aku takda jadi pandai - pandailah. Korang buatlah aktiviti berfaedah, jangan mengadap laptop, Komputer, ipad, telefon korang 24/7. boleh gila tau!!



Tuesday, April 24, 2012

Apa Yang Aku Tau Pasal Motor?

 Assalamualaikum kepada sesiapa yang tengah membaca entri yang mewakili bulan ini agaknya? Kenapa aku lama tak post apa-apa. Bukannya aku malas( tak berapa rajin jer) tetapi ya memang aku malas nak menyemakkan blog ini dengan cerita yang remeh-temeh dan tak ada faedah langsung.
Inilah CONTOH motor yg aku selalu bawa.


Kita mula membaca isi plak. Kalau korang sesiapa yang kenal aku 3 daripada 10 je yang cakap aku reti bawa motor sebab aku tak keluar dari taman aku jadi tak semua tau... Cakap je pasal motor memang aku tak berapa tau cuma benda yang biasa aku taulah. Seperti :


Karbereta - kaburator 
plug 
isoba         -absorber
tayar
shoot         - cover motor
kepak
enjin
tuti              -minyak 2TI


dan banyak lagi tapi tak larat fikir dah..... Mungkin bila aku dah ada motor aku akan belajar lebih lagi. Tapi sebagai remaja macam aku kalau ada motor kena pekap (pick-up) dulu. Setakat ni tak banyak motor aku pernah bawak jadi aku akan belajar pelan-pelan.


Pelarian 
1. Esok ada sukantara.
2.belajar 3 masa terawal.
3.kenapa tak buat tak belajar langsung.
4.teruk betul  Noranini PK.

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com