Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts
Showing posts with label xde idea. Show all posts
Showing posts with label xde idea. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Cuti Sudah Datang. LAGI?

 Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia kepada semua pembaca yang baik hati kerana sudi membaca post pertama dan terakhir (kot) untuk bulan ni. Aku tertanya-tanya kalau tak lama dulu aku ada post pasal sains. Korang mungkin akan tahu betapa rumitnya nak keluarkan kanta daripada mata lembu tu, apatah lagi nak masukkan. Indah sungguh ciptaan Allah.


 Cuti dah datang semestinya sebagai pelajar sekolah duit sudah berkemas nak lari. Sakit plak otak aku nak fikir masalah ni. Kerja aku takda jadi pandai - pandailah. Korang buatlah aktiviti berfaedah, jangan mengadap laptop, Komputer, ipad, telefon korang 24/7. boleh gila tau!!



Tuesday, February 14, 2012

Kenapa Remaja Malaysia Lebih Suka Blogging Daripada Vlogging

 Tajuk pun dah macam tu jadi korang tahu-tahulah pasal apa plak aku nak bincangkan kali ini. Kebanyakan remaja Malaysia lebih suka blogging kerana ianya lebih mudah dan tidak memerlukan kamera atau software yang canggih untuk edit video tu.






 Video blogging atau lebih gemar digelar vlogging lebih kurang sama macam blogging, but instead of writing, you must talk to the camera. Faham tak? Korang kena rakam diri korang cakap kat kamera macam orang takde life dan kemudian upload dimana-mana laman web perkongsian video seperti youtube atau metacafe. 


 




 Antara vlogger Malaysia terkenal ialah matluthfi dan anwar hadi. Kalau luar negara semestinya korang akan pilih nigahiga dan kevjumba. Kalau blogger Malaysia terkenal justkhai. Macam yang aku dah tulis, nak upload video bukan mengambil masa yang singkat lebih-lebih lagi bila orang menggunakan berukband. Tu pasal-lah tak ramai vlogger Malaysia. 



Pelarian
1.Aku sendiri pun blogging sebab guna berukband
2.Aku rasa satu perubahan akan datang semester kedua nanti, jadi nantikanlah...

Wednesday, February 8, 2012

Kekeringan Idea


 Nampaknya satu penyakit berjangkit yang tak sakit sudah mula merebak dalam otak aku yang aku sendiri tak tau kaler apa? Apakah penyakit itu, apakah nama penyakit itu, apakah nama saintifik penyakit itu, siapa penyebarnya, siapa yang terkena penyakit itu, apakah kesan sampingan daripada penyakit itu. Penyakit itu dikenali dengan nama "kekeringan idea" dan nama saintifiknya "takder idea". 


 Idea adalah perkara kedua terpenting untuk seorang blogger selain hidup (agaknya). Penyakit ini banyak berjangkit ke orang seni seperti blogger, vlogger, pembuat filem, pengarah, penulis skrip dan tukang kebun??? 


 Biar aku ringkaskan sebab aku tak suka tulis panjang-panjang sebab aku takde idea sebab aku takde aktiviti menarik sebab aku takde idea sebab aku takde sebab.... Maksudnya aku takde idea. Menurut kata Dr. Professor Tuan Luqman (aku ke?), penyakit ini mungkin sudah lama berumah di tepi pantai sebab tak takut dipukul ombak??? Sorry malas nak padam. Tapi jangan risau, Dr. sudah dapat ubat iaitu berdoa kepada Allah moga bertambah idea aku ... 


Pelarian


Selepas ni lebih banyak pelarian iaitu kata - kata melalut, merapu, @xbetul (eehhh). Jadi pelarian kali ini aku dah tertulis diatas agaknya. 


1.  Esok aku akan pergi Pendang berfixie dengan kawan-kawan aku...
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com