Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Sedikit Update

 Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Apa khabar kepada semua pembaca sama ada yang berpuasa atau pun tidak. Kali ini aku tidak akan tulis teruk-teruk sebab aku nak update sedikit sahaja.


Sedar atau pun tak sudah masuk 13 hari kita berpuasa. Siapa yang sangka masa berlalu begitu pantas hingga kita tidak sedar (kadang-kadang). Mungkin dalam otak korang sekarang ini dah update pasal baju raya, kuih raya, duit raya, jalan raya dan balai raya (bleh?). Tapi aku malas fikir pasal tu.


Bulan Ramadhan yang mulia ini sama-samalah kita penuhkan dengan amalan. Jangan ingat jualan murah di pasar raya sahaja. Ingat juga harga runtuh pahala di bulan mulia ini. Bersyukurlah kerana kita masih bernyawa untuk berpuasa.

Kejadian mercun sudah pun muncul di tv. Tapi kenapa tiap kali kecederaan mercun hanya di Kedah. Ada juga orang akan cakap malam nanti nak sahur. Dia memang sahur waktu malam ke? Atau subuh dia memang malam. Penggunaan ayat yang salah sebenarnya. Baiklah saya rasa tidak ada apa lagi yang saya hendak taip.


Pelarian
1. saya akan berbuka di sekolah hari ini. Seronok??..

Baiklah aku reverse diri dulu. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam propaganda.

Tuesday, January 24, 2012

Bercuti Sehari

 Assalamua'alaikum pembuka bicara,
 saya ucapkan untuk pembaca.....

 Kali ni biarlah aku cerita pasal cerita yang menyakitkan hati orang yang x pergi bercuti di hari cuti. Seronok jadi rakyat Malaysia ni.... warga Cina cuti kita tumpang, India cuti kita tumpang, Islam (boleh kata Melayu jugaklah) cuti semua tumpang, Kristian (omputih kot??) cuti (krismas) kita tumpang jugak walaupun kita cuti akhir tahun.

pehal blurr?
nilah jiran aku dia ikut jugak





 Semalam, 23 haribulan Januari 2012, patik sudah bercuti bersama-sama keluarga patik (bacalah dgn feeling org lama). Ok, kami pergi ke pulau yang suatu ktika dahulu pernah menjadi tanah jajahan Kedah (baru belajar sejarah..) pulau apa lagi xkan Pulau Pangkor plak... mestilah Pulau Pinang.. aku sebenarnya nak tunjukkan gambar je.. layanlah..
aku pun masuk..
ni boleh kata wallpaperlah
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com