Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts
Showing posts with label kalah. Show all posts
Showing posts with label kalah. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Masa Untuk Sains...

 Perghh tajuk dah macam Jimmy Neutron plak. Kenapa aku nak post pasal sains plak? pasal ni sepanjang aku belajar sains entah dari darjah berapa ntah aku rasa jugaklah bedah sesuatu walau bau dah macam bangkai.


 Sebagai pelajar tingkatan 2 SMK G*** C******** aku dah rasa pengalaman bedah mata lembu walau fail jugak sebab kanta dia pecah, aku kasar sangat atau mata tu dah lama sangat. Dalam bebanyak kumpulan yang bedah mata lembu tu, ada satu je mata yang elok dan jernih.


 Aku sendiri boleh tahan bangkai dan darah tapi entah pasal pa entah bau mata lembu tu teruk sangat sampai aku rasa loya. Untuk post kali ni aku akan share jugak keputusan Malaysia VS Jepun tadi. Jadi pak cik - pak cik, abang-abang dan yang cepat lima minit denganya boleh terus membaca.


 Untuk projek selepas ni plak tak taulah nak bedah apa plak. Tadi masa habis bedah aku merayau makmal sains tu terjumpa plak almari tu. Kawan aku buka maka terserlah habis ular dalam tabung uji. Bukan ular je, kaki ayam, kata dan tak taulah rasa tak berani plak nak buka almari lain.


 Jadi untuk form 1 bersiap sedialah membedah apa saja yang cikgu korang suruh. Kalau tak jangan harap korang nak jadi saintis atau doktor.


masa untuk


Pelarian
1.Keputusan game ialah 4 : 0 Malaysia kalah
2. Pm kita nak datang Kedah sabtu ni kat Gurun kot?
3. Jadi bersedialah untuk Aku Dan Fixie 3


note : tulisan tu akan jadi link bila aku dah siap post.

Sunday, January 29, 2012

Demam AJL Sudah Berakhir

 Gila letih argghh pergi latihan rumah sukan. Nasib baik bukan aku yang gila. Apa pun bukan itu yang aku nak cerita. Sapa yang tengok AJL semalam angkat kasut..  jadi aku cuma nak cakap tentang apa yang aku heran iaitu Anugerah Skrin hari tu. Kenapa macam tak meriah jerr..


 Aku rasa ini disebabkan majlis tu dilangsungkan terlalu awal dimana ramai orang sedang buat persediaan untuk kembali ke sekolah. Apa pun kepada semua yang terlepas nak tengok semalam ini keputusannya..


1. Hafiz - Awan Nano
2. 3 Suara - Beribu Sesalan
3. Faizal Tahir - Karma


Vokal Terbaik
Hafiz - Awan Nano


Persembahan Terbaik
Alya - Kisah Hati


Itu saja yang aku nak update hari ni. Menang kalah memang biasa je, aku sebagai seorang remaja 14 tahun yang masih banyak perkara kena belajar lagi nak curi kesempatan ini untuk kata, semalam aku teka Hafiz menang tak sangka tekaan aku tepat (berlagak) .

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com