Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Thursday, January 3, 2013

2013 Adalah Tahun Yang..

 Assalamualaikum, apa khabar semoga anda sihat sejahtera.. Saya baru sahaja pulang dari tuisyen dan tetiba tangan ni rajin nak menaip.. Mungkin selepas ini saya akan fokus pada pelajaran (macamlah rajin sangat).

Jadi 2013 adalah tahun yang mencabar di sekolah.. Itulah penilaian saya yang pertama selama seminggu aku skolah.. Tak taulah penilaian ni berubah atau tak tapi sekolah memang mencabar.. Walau apa pun aku seronok setelah masuk sekolah pagi kerana petang bleh buat aktiviti bebanyak.

Seperti yang diumumkan di media duit RM100 akan dapat 15 Hari Bulan dan jangan membazir beli benda tak penting plak.. Itu amaran untuk diri sendiri (akulah) sebab aku tak bleh tengok duit bebanyak ni.. Tapi aku rasa nak simpan kat Tabung Haji walaupun masih lagi tak tahu makhluk Allah yang mana buka akaun untuk aku.. famili aku tak mengaku pun..

   Pelarian
1. Aku dah ada azam
2. Azam aku adalah untuk berazam
3. dan maksudnya aku masih takda azam

...::CandyDate::...

Monday, December 31, 2012

Sekolah

 Assalamualaikum, semoga anda sihat sejahtera. Malam ini saya terpanggil untuk publish entri yg terakhir... untuk tahu 2012. Rasanya kalau ini entri yg terakhir pun takde sapa kisah..

Pagi tadi saya pergi sekolah untuk pendaftaran dan pengurusan. Sebenarnya tak payah nk daftar pun masuk macam tu jerr. Well that's not the thing, now here's come the BOOM..!!.. masa rehat punyalah ramai.. memang tak makanlah aku. Sempat beli air jerr tu pun tak berapa nak ramai... Patutlah cikgu bahagikan rehat.. Alhamdulillah.

Sebenarnya aku pun heran. Cerita kat TV3 ni nak ulang berapa kali langsung?? Iklan dia tak cukup lama.. kalau boleh buatlah iklan 60 minit untuk satu cerita durasi 1 jam.. Sudahlah aku nak tidoq.. Happy New Year... Selamat Tahun Baru ..::CandyDate::..

Saturday, December 29, 2012

Mengarut 2012

 Assalamualaikum, pa habaq. tak sangka 2012 akan pergi tak lama lagi dan aku pasti pelbagai kenangan telah dilalui sepanjang tahun ini. Suka duka, tempuh bersama, tak kira kawan atau keluarga. Jadi korang mesti ada something yang menghiburkan. Well aku takde sesuatu yg menghiburkan tahun ini....... Nanti! aku ada sesuatu yg menghiburkan... Al-Quran. tak kira ke mana sahaja aku pergi.

 Ok korang mungkin tertanya-tanya apa motif si pailang ni? Apakah konsep yang diketengahkan? apa yang hendak digosip ni.. Sebenarnya takde apa pun yg aku boleh gosip dgn korang jadi aku akan tulis perkara mengarut.. Barang sekolah dah beli?.. jgn ditunggu duit RM100 yg dijanjikan takde gunanya..

 Kadang-kadang aku suka perkara yg semak lagi menyemak di celah-celah semak seperti header yang baru itu.. Bukan apa aku ni PMR 2013 candidate so I can't focus on study if I can't focus on internet. So itu sahaja yg aku nak kongsikan bersama para pembaca..

    Pelarian
  • Blog aku ada Malware plak..
  • Apa azam tahun baru korang
  • aku berazam supaya aku ada azam 
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com