Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Saturday, November 17, 2012

#PrayForGaza

 Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian sudi untuk membaca setiap entri yang saya post. Semasa kita sedang berseronok di bumi bertuah ini rakyat di Gaza kini ketakutan dan berdoa agar dapat menyelamatkan ahli keluarganya. Dan ini yang saya dapat daripada facebook:

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil mnyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordan. Ketika di Jordan beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongan tabligh Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh di salah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yg dia lakukan tadi. “Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yg hadir solat subuh di masjid,” kata tentera Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya “Kenapa?” Dia pun menjawab “Di dalam kitab kami ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yg hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dgn jumlah jemaah solat jumaat, maka saat itu Israel ak
an hancur.” Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yg datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami.”

Bahasa Melayu Gagal

                                                                                                                                             -Ibnu Batoota-

Apapun saya tetap akan update beberapa perkara.. Okey pagi tadi aku dan kawan aku Hiking naik gunung.. gunung apa? Gunung apa yang terletak berdekatan Guar Chempedak..tekalah.. Kadang-kadang korang mesti akan tanya soalan lazim seperti 'tak penat ke?', penat memang tak pernah wujud dalam kamus hidup aku (kalau aku ni biasa tapi masalahnyerr aku x biasa jadi memang sakit kaki jugaklerr..). Dan aku pergi bersama seorang kawan yang ntah tak normal ke apa aku tengah semput dia boleh rilekss jer.. seronok? Bolehlah menghabiskan masa lapang. Tapi aku tak naik sampai ke puncak kerana dek kepenatan yang teramat. Aku berazam lepas kalau nak naik gunung lagi aku naik motor je.

 Kepada pelajar sekolah yang sudah bercuti selamat bercuti kepada umat Islam di seluruh dunia aku harap masih tak terlambat untuk aku ucapkan.. Salam Ma'al Hijrah. #PrayForGaza tapi solat tak cukup takde maknenyer..(rasa macam cakap ngan cermin)

Tuesday, November 6, 2012

Kenangan Jamuan Kelas 2 Khas 2012

 Assalamualaikum, apa khabar, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Apa khabar kepada para pembaca sekalian. Adakah anda ceria kerana itulah perasaan saya di saat ini. Saya sudah pun muntah kedarah ayam KFC. KFC memang hebat kerana setiap kali jamuan KFC jugak orang nak sebut..

 Apa pun seronok jugaklah walaupun ada seseorang menumpahkan air sarsi disaat Guar Chempedak ketiadaan air. Macam biasa aku akan post gambar tetapi mestilah di FB aku. Setahu aku lauk jamuan yang dijamah tadi adalah Ayam KFC, kek yg boleh tahanlah..., beberapa makanan ringan seperti lolipop, gula-gula dan sumi, air sarsi.


 Taktahulah kalau ada hidangan lain tapi best gak kadang-kadang melepak kat sekolah... Anyway aku ada install game Big Sport Fishing Mania dan gilalah jugak aku main game ni... Aku pun dah tak tau nak taip apa. Sekolah dah habis jadi bermulalah sebuah kehidupan budak ranggi tak pergi sekolah. Hujung minggu ni aku nak ambil kakak aku kat Perak.

 Aku dah takde aktiviti nak buat memandangkan SPM start awal and to all SPM candidate good luck and enjoy your paper.

Tuesday, October 30, 2012

Tutorial Photoshop : Kilat Pelangi

Assalamualaikum, malam ni terasa rajin plak nak buat tutorial sebab baru dapat idea. Ini 100% idea aku dan kalau ada persamaan pada blog lain itu sudah takdir. (serius idea aku kot..)
Sedutan gambar yang sudah siap
Muat Turun
1. Fail .psd yang siap. download
2. Gambar kilat. download
3. Font yang digunakan. Bauhaus

Langkah 1
Buka Photoshop dan tekan Ctrl+N. Buka gambar kilat kat Photoshop yang korang dah download tadi dan tekan V. Alihkan ke gambar yang masih blank tadi. Tekan Ctrl+T dan adjust supaya fit.

Langkah 2
Pilih Magic Wand Tool (W) dan klik pada kilat tersebut. Pastikan pilih yang bewarna hitam sahaja. Klik Select > Inverse (Shift+Ctrl+I) dan delete (Del)
Langkah 3
buat Layer baru dan tekan Gradient Tool (G). Usha bahagian atas dan klik pada gambar gradient tu dan pilih rainbow.




Langkah 4
Tekan Shift dan tarik dari bawah ke atas. Agak-agak sama saiz dengan kilat tu dah larrr.

Langkah 5
Sekarang klik kat bahagian mata tu untuk menghilangkan layer dan pilih layer Kilat. Pilih Magic Wand Tool (W) dan sekali lagi ulang Langkah 2 tapi jangan delete. Sekarang klik layer visibility Pelangi dan Klik Select > Inverse (Shift+Ctrl+I) dan delete (Del).

Langkah 6
Pastikan pilih layer Pelangi dan tukar Blend Mode kepada Screen. Sekarang korang tukar nama Layer 0 kepada Background atau create new layer.
Ini yang akan berlaku
Langkah 7
Pilih Paint Bucket Tool (G) kepada yang newbie bolehlah klik kanan pada Gradient Tool. Sekarang Set Foreground Color (bahagian kiri bawah) dan pilih warna yang korang nak. Pilih warna yang gelap sikit, aku guna #072d4e.


Langkah 8
Pilih layer Background tadi dan klik.

Langkah 9
Seterusnya pilih Brush Tool dan set saiz kepada 900px dan Hardness 0. Set foreground color yang agak2 lembut skit, #1367af. Create new layer dan brush di tengah gambar.

Langkah 10
Langkah ni sama je dengan langkah 9 jadi aku cuma akan taip kod warna je..
#197ccf
#2c96f0
#72bbf9

Langkah 11
Sekarang pilih layer-layer yg korang brush dan layer background, Layer > Merge Layer (Ctrl+E).

Langkah 12
Ini part yang paling best. Kalau korang tak suka benci warna biru yang mana aku guna tadi jangan risau, kita boleh tukar warnanya. Image > Adjustments > Hue/Saturation (Ctrl+U). Pastikan korang dah tick pada Colorize. Lightness : 0, Saturation : 100 dan Hue korang boleh ikut suka nak pilih tapi aku akan pilih Hue : 208

Langkah 13 (picisan)
Pilih Horizontal Type Tool (T) dan pilih font yang korang suka. Atau font Bauhaus. Tulislah apa yg korang nak dan kemudian tekan Ctrl+T.

Langkah 14 (picisan)
Korang boleh anggap dah siap kalau nak tapi untuk lebih menarik sabar lagi. Double klik pada layer tulisan korang dan tick pada Gradient Overlay. Jangan tick pada Align With Layer, pastikan korang set skala yang betul di Scale bawah sikit.
klik gambar untuk tumbesaran
Selesai. Selamat Hari Raya Aidil Adha..
Inilah hasilnya^_^

Ini contoh yang pertama. Tak berapa nak jadi tapi bolehlah.

Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com