Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Tuesday, October 30, 2012

Tutorial Photoshop : Kilat Pelangi

Assalamualaikum, malam ni terasa rajin plak nak buat tutorial sebab baru dapat idea. Ini 100% idea aku dan kalau ada persamaan pada blog lain itu sudah takdir. (serius idea aku kot..)
Sedutan gambar yang sudah siap
Muat Turun
1. Fail .psd yang siap. download
2. Gambar kilat. download
3. Font yang digunakan. Bauhaus

Langkah 1
Buka Photoshop dan tekan Ctrl+N. Buka gambar kilat kat Photoshop yang korang dah download tadi dan tekan V. Alihkan ke gambar yang masih blank tadi. Tekan Ctrl+T dan adjust supaya fit.

Langkah 2
Pilih Magic Wand Tool (W) dan klik pada kilat tersebut. Pastikan pilih yang bewarna hitam sahaja. Klik Select > Inverse (Shift+Ctrl+I) dan delete (Del)
Langkah 3
buat Layer baru dan tekan Gradient Tool (G). Usha bahagian atas dan klik pada gambar gradient tu dan pilih rainbow.




Langkah 4
Tekan Shift dan tarik dari bawah ke atas. Agak-agak sama saiz dengan kilat tu dah larrr.

Langkah 5
Sekarang klik kat bahagian mata tu untuk menghilangkan layer dan pilih layer Kilat. Pilih Magic Wand Tool (W) dan sekali lagi ulang Langkah 2 tapi jangan delete. Sekarang klik layer visibility Pelangi dan Klik Select > Inverse (Shift+Ctrl+I) dan delete (Del).

Langkah 6
Pastikan pilih layer Pelangi dan tukar Blend Mode kepada Screen. Sekarang korang tukar nama Layer 0 kepada Background atau create new layer.
Ini yang akan berlaku
Langkah 7
Pilih Paint Bucket Tool (G) kepada yang newbie bolehlah klik kanan pada Gradient Tool. Sekarang Set Foreground Color (bahagian kiri bawah) dan pilih warna yang korang nak. Pilih warna yang gelap sikit, aku guna #072d4e.


Langkah 8
Pilih layer Background tadi dan klik.

Langkah 9
Seterusnya pilih Brush Tool dan set saiz kepada 900px dan Hardness 0. Set foreground color yang agak2 lembut skit, #1367af. Create new layer dan brush di tengah gambar.

Langkah 10
Langkah ni sama je dengan langkah 9 jadi aku cuma akan taip kod warna je..
#197ccf
#2c96f0
#72bbf9

Langkah 11
Sekarang pilih layer-layer yg korang brush dan layer background, Layer > Merge Layer (Ctrl+E).

Langkah 12
Ini part yang paling best. Kalau korang tak suka benci warna biru yang mana aku guna tadi jangan risau, kita boleh tukar warnanya. Image > Adjustments > Hue/Saturation (Ctrl+U). Pastikan korang dah tick pada Colorize. Lightness : 0, Saturation : 100 dan Hue korang boleh ikut suka nak pilih tapi aku akan pilih Hue : 208

Langkah 13 (picisan)
Pilih Horizontal Type Tool (T) dan pilih font yang korang suka. Atau font Bauhaus. Tulislah apa yg korang nak dan kemudian tekan Ctrl+T.

Langkah 14 (picisan)
Korang boleh anggap dah siap kalau nak tapi untuk lebih menarik sabar lagi. Double klik pada layer tulisan korang dan tick pada Gradient Overlay. Jangan tick pada Align With Layer, pastikan korang set skala yang betul di Scale bawah sikit.
klik gambar untuk tumbesaran
Selesai. Selamat Hari Raya Aidil Adha..
Inilah hasilnya^_^

Ini contoh yang pertama. Tak berapa nak jadi tapi bolehlah.

Saturday, September 22, 2012

My Phone's Cover

 Assalamualaikum, apa khabar, mungkin tajuk ini pertama kali anda lihat dan mungkin akan bersiri?? Namun kita teruskan.. ini post yang sangat- sangat- sangat ringkas kerana saya cuma menceritakan tentang telefon saya.. Kepada yang meluat terhadap post ini kerana menyangka saya berlagak.. anda silap. Yang paling latest adalah Samsung Galaxy S3, manakala saya cuma menggunakan Xperia X8..






















 Saya baru sahaja beli cover untuk telefon ini. berwarna biru, di PASAR MALAM kot... murah jerr kalau di Penang saya tengok RM15, di Perak kakak saya kata RM10, di sini saya cuma beli dengan harga RM7. Berbaloi? tentulah jadi tidak sia-sia saya bersabar...


Pelarian
1. link2sd sudah boleh digunakan
2. banyak aplikasi dimuat turun di sini

Monday, September 17, 2012

My New... Xperia X8

 Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu. Salam sejahtera salam sapu Malaysia. Apa khabar, lama sudah blog ini tidak di-update dan hari ini 18 September 2012 12:54 A.M. (overtime). Saya sekali lagi akan meng-update (rojak -kesian cikgu B.I) blog ini buat kali pertama dalam bulan ini. Ya anda salah ini bulan 9 bukan 10.... september = 9.

 Saya ingin memberitahu yang saya sudah mempunyai sebuah, sekeping, sehelai(?) telefon yang sudah dibeli. Berjenama Sony Ericsson, Bersiri Xperia, Bernombor X8. ya berwarna putih.. Android 2.1 (dimamah usia,ditelan zaman) namun saya masih akan cari cara supaya saya dapat update bukan sahaja blog ini malah telefon jugaQ...

 Banyak aplikasi telah dipasang dan banyak aplikasi terpaksa dibuang kerana tidak dapat dipasang kerana tidak sesuai versinyer... So sad but so happy and so pathetic cause, walaupun tidak digunakan namun hanset tetap muntah-kedarah bateri jadi bukan sahaja kredit perlu di  top-up malahan bateri juga.Jadi kesimpulannya.. bersyukur walau hanset second hand kerana tak mampu beli yg memahal...


Pelarian
1. bukan sahaja hanset saya juga ada beli tali pinggang baru di pekan rabu.
2. tali pinggang itu terpaksa saya ceritakan sedikit sahaja kerana dikhuatiri ditahan..
3.l3 u k u  1im4
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com