Jeles Tak..


Click here for Myspace Layouts

Thursday, March 22, 2012

Youtube.com.my??

 Assalamualaikum kepada para pembaa sekalian. Pada hari Jumaat yang mulia ini aku akan berkongsi sedikit maklumat yang baru keluar. Ya bukan Tidak.


 Entri ini berkisahkan youtube. Youtube telah melancarkan satu laman web perkongsian video untuk Malaysia dan kalau korang nak, korang boleh pergi ke youtube.


 'Saya bangga jadi rakyat Malaysia tau'- seseorang

Monday, March 12, 2012

Rambut Panjang

 Assalamualaikum, apa khabar pembaa sekalian alam yang baik hati kerana sudi membaca entri aku yang aku dah siap tulis. Jadi hari ini aku nak kongsi satu masalah yang sering dihadapi lelaki.


 Anda betul, rambut panjang. Sebagai lelaki aku sendiri menyimpan rambut yang panjang kerana aku suka dan selesa. Jadi sebagai pelajar memang kena ngan cikgulah pasal rambut. Kalau yang nak jimat duit tu bolehlah tunggu cikgu gunting tapi bagi pelajar macam aku, kami tak nak rambut kami diganggu.


 Cikgu-cikgu tak nak bagi ruang untuk kami buat apa yang kami suka. Cikgu lelaki pun ada rambut panjang tapi takde plak nak kena gunting ngan cikgu lain. Bagi aku, aku sikat tepi rambut aku dan tidak menggayakan dengan gaya punk, mohawk, fauxhawk atau skinhead. Kenapa nak kacau kami yang berambut panjang sedangkan pelajar cina tidak diambil apa-apa tindakan.


 Jadi untuk tutup entri ni, aku cuma dah tulis takde pelarian.




                                       Nota: Entri ini mempunyai tulisan yang tidak ada didalam kamus kecuali 
                                                 kamus bahasa mat rempit.

Lari! Cuti Dah Datang.

 Baca apa lagi, cepatlah lari cuti tengah kejar ni. Gurau je jangan ambil hati ok. Kita mulakan bacaan dengan kata sapaan Assalamualaikum dan Al-Fatihah. Ok setakat ni kerja sekolah aku tak ingat pun kalau ada dan aku dah berjalan kaki sejauh dalam rumah dan dah bersiar-siar.


 Seronok juga. pagi tadi aku pergi Gunung Jerai bersama Mak Andak, sepupu dan adik beradik aku.Kami tak lari sangat pun tapi seronok jugaklah. Apa yang penting ada gambar. Mak Andak aku datang sini hantar kakak aku yang balik dari asrama yang jauh nun di hulu. Kemudian balik je rumah kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang ikut Mak Andak aku dan ikut Abah aku. Abah aku diikuti dengan angkatan tentera iaitu kakak aku, mak aku, opah aku, Mak Long aku, adik kembar aku (opah, mak long dan sepupu ikut hantar kakak aku sekali tapi dah balik dah). Mak Andak aku pulak diikuti oleh aku, sepupu aku dan adik aku.


 Abah aku pergi Padang Besar dan kami pergi banyak tempat jadi biarlah aku cerita pelan - pelan. Kami bermula dengan pergi Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Merbok. Aku memang terpegun bila melangkah masuk ke dalam walau aku pun tak tahu benda apa yang buat aku terpegun.


 Banyak barang bersejarah dalamnya jadi aku memang tak minat nak cerita. Kemudian kami pergi makan di Radix Fried Chicken kerana Mak Andak aku kata tempat dia takde pun RFC. Restoran tu lengang je aku tengok mungkin kami datang awal kot? Seterusnya kami beransur ke Kulim untuk pergi ke kilang pinggan sebab Mak Andak aku nak tambah koleksi di.


 Masa nak balik tu kami ada singgah Petronas untuk isi minyak kereta dan pergi tandas. Nak keluar kat depan petronas tu ada lorong kecemasan dan lorong tengah tu plak jam jadi kami terpaksalah parking senget skit. Lepas tu ada mamat mana entah hon dekat kami rasanya. Teruk betul perangai dia padahal bukan nak belok pun. Jadi rakyat Malaysia silalah bawa bersabar bila di atas jalan raya ok.


 Dan kami balik dengan penuh gembira. TamaT


Pelarian
1.kemahiran menulis aku semakin hilang jadi kalau tersalah tulis tu sila maafkan.
2.teruk betul perangai rakyat kedah
3.ni entri pertama aku tulis panjang macam karangan
Copyright© All Rights Reserved Luqmanderr.blogspot.com